Assalamualaikum wr wb ....Salam Sejahtera sdra/sdri sekelian..
Semoga ditahun baru 2013 ini kita berazam baru dan membuat penerokaan-penerokaan baru dalam menyingkap warisan sejarah anak bangsa yang dilupakan.....ya memang ada yang kita ingat...tapi banyak yang kita lupa......atau masih banyak persoalan-persoalan yang masih belum terjawab dan misteri -misteri yang belum terungkai......lalu apakah peranan kita dalam mencari warisan kita demi meneruskan perjuangan datok nenek moyang kita yang mempertahankan jati diri bangsa Melayu yang bangkit dengan datangnya Islam sebagai satu cara hidup yang meniup jihad perjuangan membebaskan bangsa dari kejahilan aqidah ilmu dan menentang penjajahan fizikal dan penjajahan minda....
Sejarah juga mengajar kita bahawa kekuatan bangsa Melayu itu dalam apa bidang pun adalah selagi berpegang kepada Nilai dan Sistem Hidup Islam yang dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Seterusnya di ikuti oleh para Sahabat Baginda RA ,para tabiut tabiin dan para ulamak-ulamak yang muktabar dan mereka-mereka yang mengikuti mereka itu hingga hari kiamat......
Bila kita mneninggalkan Islam maka kita kembali terjajah pemikiran dan fizikal....
.Inilah Warisan Perjuangan kita yang ingin saya kongsikan dengan tuan-tuan dan puan-puan para blogers sekelian......
Sebelumini kita cuba menyingkap warisan yang bersifat lokal atau rantau daerah sahaja....memulakan tahun baru ini kita cuba lontarkan satu misteri bagi Dunia Melayu bersifat Warisan Global....yang masih dipandang enteng dan sepi oleh "kita" semua......
"Kita "bermaksud siapa??? saya ,tuan,para pengkaji,ahli akademik sejarah dan professional, pemerintah,pihak berkuasa .....malah sesiapa saja yang berminat dan mencintai warisan perjuangan .....
Ya..Siapa kah manusia pertama mengelilingi dunia ????? kita sering dijawab bahawa Firdenand Magellan atau Fernando de Malghabas….tetapi bagi saya manusia itu bukanlah Magellan tapi ia adalah Panglima Awang … Pahlawan Melayu Melaka yang berjuang membebaskan tanah airnya …Melaka
Pendapat saya adalah selaras dengan Pigafetta seorang pengkaji Itali yang mengatakan bahawa manusia pertama mengelilingi dunia Mungkin Ferdinand Magellan 50 % dan Enrique de Malacca atau HenryThe Black 50%...jadi kenapa perlu saya pilih Magellan???
Lalu mari kita kongsikan penemuan-penemuan dari para pengkaji dan Blogers yang saya himpun disini semoga tuan puan terlibat mengizinkan saya muatkan disini demi faedah ilmu dan harta warisan kita bersama,,,,,,,
Imbauan.............Sejak di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Seri Muda Penaga …1971….
saya masih sangat teringat Misteri ini yang belum banyak maklumat yang kita ada….
Dan yang ada pun belum disebarluaskan….untuk tatapan Generasi akan datang
Novel Panglima Awang
Novel ini ditulis oleh Harun Aminurrashid yang mengambil kisah hidup Panglima Awang. Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Panglima Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu. Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu termasuklah Panglima Awang dijual kepada Ferdinand Magellan. Jurutulis Sepanyol, Pigafetta ada mencatatkan tentang Panglima Awang terutama mengenai pelayaran Magellan mengelilingi dunia.
-------------------------------------------
BUKU- Enrique Melaka @ Panglima Awang sebagai Magellan Melayu
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, and Shaiful Bahri Md. Radzi, and Khazin Mohd. Tamrin , and Yahaya Abu Bakar, (2009) Enrique Melaka @ Panglima Awang sebagai Magellan Melayu. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 27 (2). pp. 167-198. ISSN 0127-2721
Preview
Rujukan - http://journalarticle.ukm.my/1187/
Official URL: http://www.ukm.my/sari/index.html
A
bstract
This article attempts to deliberate on the pioneering effort in circumnavigating the globe by sailing during the 16th century. The West conferred this honour on Ferdinand de Magellan, while the Spanish claimed that it was Sebastian del Cano who accomplished this calling of sailing around the world. But in reality, it was Enrique of Malacca who was the first person to circumnavigate the earth, by completing a 360 degree voyage in nine years, ahead of other sailors’ achievements, including Magellan and del Cano. Enrique’s success received much acclamation for he demonstrated much skill in navigation. This has been well-narrated in Harun Aminurrashid’s novel titled Panglima Awang. When compared with other Melaka warriors who fought against the Portuguese, Enrique was only a youth at that time and was kept captive after the fall of Malacca in 1511. As a war captive and later a loyal slave to Magellan, Enrique ventured the waters of the world. Although he never returned to Melaka, he eventually managed to reach the Malay territory where the lingua franca was the Malay language. Enrique knowledge in voyaging the mighty oceans of the world, besides his devoted loyalty to his master, definitely indicates his ethnic origins as a Orang Laut, a tribe that was known to be the great sea-farers in the 16th century. His victorious accomplishment in navigation should make Enrique of Melaka Magellan, a Malay one, i.e., the first person to sail round the world
------------------------------------------------
Sejarah Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique
09-24-2011, 09:09 PM
Sejarah Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique Di Malacca
Tiada satu pun yang mustahil dalam dunia ini. Itu semua adalah atas kekuasaan dan kehendak Allah s.w.t jua. Dialah yang Maha Berkuasa.
Apa tidaknya,selama ini kita didendangkan dengan lagu dan irama sejarah barat yang kononnya mengiktiraf bahawa Ferdinand Magellan yang berbangsa Portugis, adalah merupakan manusia pertama dalam sejarah berjaya mengelilingi dunia ini dan membuktikan bahawa dunia ini bulat. Peristiwa ini berlaku di abad ke 14 lagi.
Kita pun melopong, menghafal dan seterusnya menelan fakta sejarah yang telah didendangkan menerusi para guru sejarah (dikenali sebagai "Tawarikh") masa itu. Kita juga tidak percaya bahawa di zaman itu 'mana ada orang Melayu yang boleh belayar beribu batu di lautan berbulan-bulan lamanya?' Memang tidak terfikir dek kepala kita masa itu ada orang Melayu boleh berbuat demikian.
Tetapi sesungguhnya, itu semua bukan mustahil malahan bolej berlaku bertepatan dengan cogankata ".....Kita Boleh....". Ianya bermula pada tahun 1509 apabila Portugis datang menjelajah ke timur dan seterusnya menguasai Kerajaan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511.
Dalam angkatan laut Portugis yang datang menyerang dan menakluk Melaka terdapat seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai Ferdinand Magellan.
Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique di Malacca merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia.
Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau disebut sebagai Henrich dalam bahasa Sepanyol.
Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarahwan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Sibu, Filipina. Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antinio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan.
Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. Enrique dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera seperti fakta yang tercatat dalam dari Antionio Pegafetta.
Enrique adalah pahlawan dan pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Enrique adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud, Sultan Melaka yang terakhir.
Setelah ditawan, Enrique bertugas menjadi jurubahasa dan pembantu khas Magellan dalam kapal dan seterusnya dibawa ke Lisbon, Portugis pada 1512.
Tafsiran lain menyatakan Enrique merupakan hamba dari Sumatera yang telah dibeli di pasar Melaka. Dia telah dibaptis dan diberi nama Henrique atau Enrique atau Henry The Black.
Walaubagaimanapun nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas. Nama Panglima Awang hanya muncul apabila Harun Aminurrashid menggunakannya dalam Novel Panglima Awang pada tahun 1958.
Apabila Raja Portugis lemah, Magellan berkhidmat pula dengan Raja Cahrles 1 dari Sepanyol mulai tahun 1517. Enrique terus berkhidmat mengikuti Magellan. Pada masa itu, Portugis telah pun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya di Maluku.
Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara menerusi penjelajahan sebelah Barat yang belum diterokai sebelum ini.
Raja Charles 1 bersetuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya, Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari 5 buah kapal : San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapalnya sendiri, Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang.
Mereka meninggalkan pelabuhan Sancular di Barrameda pada 20 September 1519 dan belayar arah ke Barat menyeberangi Lautan Atlantik. Kemudian tiba di benua Amerika Latin dan menyeberangi Selat Magellan, merentasi Lautan Pasifik, Pulau Guam dan akhirnya tiba di perairan Kepualauan Pasifik.
Pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di Kepulauan Filipinadan yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara.
Pemuda yang bernama Enrique bertindak sebagai jurubahasa apabila berkomunikasi dengan pemerintah tempatan dan para pedagang kerana di Filipina dan Nusantara difahami oleh Enrique.
Sayugia diingat bahawa Bahasa Melayu menjadi lingua franca kepada mereka untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan berhubung dengan pedagang, menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.
Para Pegawai Kerajaan Melaka termasuk Enrique sebenarnya fasih dalam berbagai bahasa di dunia.
Di Kepulauan Sibu, Filipina, Ferdinand Magellan telah berhubung dengan Raja Humabon. Raja Humabon bersama 800 orang rakyat di Sibu, Filipina berjaya dikristiankan oleh Ferdinand Magellan.
Magellan memanggil penduduk Sibu sebagai 'Indian' kerana berkulit gelap sebagaimana penduduk selatan India dan Enrique juga tidak berkecuali.
Raja Humabon meminta bantuan Magellan untuk menghapuskan pemberontakan di perkampungan Mactan yang dipimpin oleh ketuanya bernama Lapu-Lapu.
Pada hari Sabtu 27 April 1521, Magellan telah menyerang Pulau Mactan bersama 60 orang anggota menggunakan senapang, meriam, senjata besi dan lain-lain.
Sementara Lapu-Lapu bersama 1,500 pahlawan hanya menggunakan buluh runcing dan panah beracun. Dalam peperangan tersebut, Magellan telah terkena panah beracun dan terbunuh. Sebahagian rakannya yang terselamat lari menyelamatkan diri balik ke kapal.
Duarte Barbosa, seorang kelahiran Portugis telah dipilih menjadi kapten kapal. Walaubagaimanapun beliau tidak menunaikan wasiat Magellan untuk membebaskan Enrique setelah kematiannya. Malahan Barbosa menghina Enrique di hadapan kelasi-kelasi lain.
Disinilah terdapat tafsiran sesetengah penulis mengatakan Enrique merancang untuk menghapuskan Barbosa dengan pertolongan Raja Humabon.
Dengan kebolehan berkomunikasi yang dimilikinya, Enrique telah berunding dengan Raja Humabon dan Raja Humabon bersetuju menghadiahkan batu permata dan pelbagai hadiah lain untuk Raja Sepanyol dengan mengadakan satu majlis makan sebagai perangkap.
Semasa makan mereka telah diserang dan disembelih oleh orang-orang Humabon. Barbosa dan semua pengikutnya terbunuh kecuali Enrique seorang sahaja yang terselamat.
Rekod rasmi Sepanyol menyatakan Enrique d Malacca bersama 27 orang yang lain telah terselamat dan kembali ke Sepanyol tetapi catatan Pegafetta menyatakan Enrique sebagai hilang.
Diari Pegafetta hanya menyatakan 18 orang yang terselamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol. Mereka semua sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari Kepualaun Maluku. Pemerintah Sepanyol mengiktiraf Elcano sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.
Diari Pegafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique pulang kembali ke Malaka, kembali ke Sumatera atau menetap di Pulau Sibu, Filipina. Tidak ada catatan dan cerita lanjut selepas itu. Para sarjana barat masih cuba menggali mistri kemanakah perginya Enrique setelah peristiwa Mactan?.
Apakah yang terjadi setelah itu kepada beliau kerana pada masa itu umur beliau masih terlalu muda. Kalau beliau mati dimanakah kuburnya?. Mistri tersebut sehingga ke hari ini, masih dapat dirungkai.
PERSOALAN :-
Adakah benar Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu pertama yang berjaya dimurtadkan.
Dimanakah letaknya kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka, ke Sumatera atau kembali ke Sibu, Filipina.
Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Sepanyol.
Mengapa sejarahwan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannya ELcano adn 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique d Malacca atau Henry The Black (Panglima Awang)
Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan dan juga Barbosa di Pulau Sibu, Filipina?
Dari negara manakah asal Enrique? Sumatera? Melaka? atau Sibu di Filipina?
--------------------------------------------------------------------
Benarkah kubur Panglima Awang bersemadi di Rembau?......
Mengikut penyelidikan dan dapatan yang telah diperolehi oleh Saudara Zainal Al Johan dari Rembau, beliau mengatakan bahawa keturunan Panglima Awang sememangnya terdapat di Rembau sehingga hari ini. Makam beliau terdapat di Kampung Padang Lekok, Rembau.
Walaubagaimanapun, makam tersebut masih lagi belum dibersihkan atau dibaikpulih kerana ditakuti akan mencacatkan persekitaran dan struktur lainnya terutama batu nisan yang dikatakan sebagai 'Batu Nisan Acheh'.
Hanya mereka yang berpengalaman sahaja terutamanya ahli arkiologi yang boleh membaikpulih artifak-artifak lama seperti ini bagi mengelakkan kerosakan ke atas struktur batu nisan tersebut.
Kajian lanjut dan terperinci masih dan sedang dijalankan oleh beliau dan juga Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bagi menentukan akan kesahihannya.
Persoalan yang masih menyelubungi para sejarahwan di seluruh dunia sehingga ke hari ini ialah kemana perginya Enrique de Malacca atau Panglima Awang setelah peristiwa Mactan?
Tidak ada sebarang catatan mengenainya di mana-mana. Cerita dan catatan Pegafetta berkaitan dengan Enrique juga terhenti setakat peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh Raja Humabon di Mactan.
Buku Panglima Awang yang terbaru yang dihasilkan oleh para sejarahwan Malaysia dan diseminarkan dalam Sejarah Melaka baru-baru ini pun hanya menceritakan peristiwa berkaitan sehingga ke Mactan di Filipina.
Harun Aminurrashid dalam novelnya 'Panglima Awang' ada menyatakan yang Panglima Awang sempat kembali ke Tanah Melayu dan seterusnya mengahwini tunang lamanya Tun Gayah di Pahang dan berkeluarga sehingga membawa kepada penerbitan novel keduanya 'Anak Panglima Awang'.
aubagaimanapun, ianya masih tidak ada titik noktah untuk menentukan biografi dan sejarah Panglima Awang itu sendiri.
Mengikut cerita Saidara Zainal Al Johan lagi, sebaik sahaja berlaku peristiwa pembunuhan di Pulau Mactan, Panglima Awang tidak balik ke kapalnya, Victoria. Sebaliknya, beliau berkelana di kalangan para saudagar yang datang berdagang ke pulau tersebut terutamanya para saudagar dari Kepulauan Melayu seperti saudagar Bugis, Siam, Jawan dan Sumatera.
Rakan-rakan Panglima Awang di atas kapal Victoria yang telah menyedari akan muslihat pembunuhan tersebut telah belayar meninggalkan Mactan tanpa kehadirannya.
Kapal Victoria adalah merupakan satu-satunya kapal armada Magellan yang terselamat dan berjaya tiba di pelabuhan Sanlucar di Barrameda, Sepanyol dengan membawa baki kelasi seramai 18 orang diketuai oleh Kapten Juan Sebastian Elcano seorang rakyat Sepanyol.
Diantara para pedagang yang sering Panglima Awang temui di Mactan ialah para pedagang Bugis yang sememangnya terkenal sebagai bangsa pelaut dan ahli pelayaran.
Maka tidak hairanlah maka akhirnya beliau bertemu dan berkenalan dengan Daeng Samaluki, salah seorang keturunan Raja Bugis dan membawanya ke Linggi, Negeri Sembilan. Semasa tiba di Linggi Pannglima Awang baru berusia 30 an dan muda remaja.
Sebagai seorang pemuda yang pernah berkhidmat dengan Sultan Melaka sebelum dijajah Portugis, darah pejuang mudanya terus membara untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Kesultanann Melayu Melaka kepada tangan anak bangsanya.
Kota Melaka yang dikuasai Portugis.
Serangan Panglima Awang ke Kota Melaka membuktikan dengan jelas bahawa beliau adalah merupakan orang yang sangat mahir dengan persekitaran kota tersebut, kerana beliau berjaya masuk jauh ke dalam Kota A Formosa dan mengalahkan pasukan Portugis.
Kejayaan inilah yang membuktikan bahawa beliau beliau adalah salah seorang pahlawan Melayu Kerajaan Melaka yang memahami selok belok Melaka sebelum jatuh ke tangan Portugis.
Bagi mengelkaan identiti dirinya diketahui oleh musuh-musuhnya terutamanya tali barut Portugis, beliau telah menukar namanya kepada Dato' Laut Dalam. Hal ini samalah seperti Pahlawan Mat Kilau yang menggunakan nama Mat Siam bagi mengelakkan dikenali oleh penjajah British setelah didakwa sebagai penjenayah.
Panglima Awang atau nama barunya 'Dato' Laut Dalam' telah berkahwin dengan wanita tempatan keturunan Jawa anak kepada salah seorang pengikut Dato' Leteh dan mempunyai seorang anak lelaki yang akhirnya menjadi Undang Rembau ke 2 iaitu Dato' Lela Maharaja Dato' Ombo - Biduanda Jawa (1555-1605). Dari zaman beliaulah maka penyandang Undang Rembau digilirkan antara keturunan Biduanda Jakun dan Biduanda Jawa.
Nama Dato' Laut Dalam itu bertepatan dengan peranan dan pengalaman Panglima Awang sebagai ahli pelayaran terkenal. Pendapat kami ini disokong kuat oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
Mengikut kajian Saudara Zainal Al Johan dan catatan Pigafetta bahawa Panglima Awang memang berasal dar Sumatera dan dipercayai dari Paya Kumbuh di Minangkabau. Oleh itu di Rembau beliau lebih dikenali Suku Paya Kumbuh.
Datang ke Melaka semasa berumur belasan tahun dan menjadi salah seorang pahlawan Kesultanan Melaka masa itu. Maka tidak hairanlah beliau boleh menguasai beberapa bahasa yang terdapat di Melaka termasuklah bahasa Raja Humabon di Mactan yang berbahasa Tagalog.
Apakah Bukti Kehadirannya di Rembau?
Selain dari pusaranya, beberapa bahan artifak dipercayai kepunyaan Panglima Awang masih tersimpan dengan baik sehingga ke hari ini. Antaranya iakah seperti teropong yang digunakan oleh para pelaut yang tertulis 'Emirate Sapin bertarikh 1520', jam bertarik 1526 Spain dan 'Cakra Alam'.
Sebahagiannya ada dalam simpanan galeri Saudara Zainal dan sebahagiannya masih lagi dalam simpanan penduduk Kg Padang Lekuk yang dipercayai terdiri dari keturunan belaiu yang masih hidup sehingga ke hari ini.
Terdapat juga catatan bertulis yang masih diterokai tersimpan di beberapa perpustakaan di Eropah seperti dokumen asal Pigafetta, catatan Portugis dan Sepanyol yang masih tersimpan di Leyden, Belanda, Sepanyol dan Portugal.
Terdapat juga catatan berkaitan dengan peranan dato'-dato' lembaga Rembau seperti tercatat di dalam Terombo Rembau' termasuklah nama dan peranan Dato' Laut Dalam. Ini membuktikan bahawa jawatan 'Dato' Laut Dalam' sememangnya ada dalam hiraki pertandiran adat di Rembau masa itu.
Sesungguhnya, andainya penemuan ini memberikan hasilan yang positif, pusara dan hasil artifak disahkan sebagai kepunyaan Panglima Awang dan nama Dato' Laut Dalam adalah sebenarnya orang yang sama sebagai Panglima Awang maka bumi Rembau sangatlah bertuah menjadi penghuni kepada insan dunia dan insan Melayu pertama mengelilingi dunia, membuktikan bahawa dunia ini bulat, tidak leper seperti yang disangka.
Rembau akan menjadi tumpuan bukan sahaja kepada sejarahwan dunia bahkan akan menukar perspektif sejarah negara dan antarabangsa bahawa 'Panglima Awang' adalah manusia pertama di dunia mengelilingi dunia dan bukannya Magellan.
?.....Magellan tidak belayar melepasi satu bulatan dunia kerana beliau mati di Mactan Filipina, sedangkan Panglima Awang mula belayar di Melaka dan tiba semula di Melaka atau Tanah Melayu........Syabas.
Rujukan :
Oleh : Tuan Haji Misan Mastor - Jendela Warisan
-------------------------------------------------------------------
Thursday, 5 May 2011
Panglima Awang a.k.a Henry The Black
oleh AlongAnaz
(http://alonganaz.wordpress.com/about/)
Jika dilihat dari sudut sejarahnya bangsa Melayu pernah muncul sebagai sebuah bangsa yang terbilang di gugusan nusantara.Jadi jika kita melihat hari ini bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang selalu ketinggalan..kita seharusnya meneliti kembali sejarah kegemilangan bangsa Melayu supaya kita dapat belajar dari sejarah dan mengembalikan semula zaman kegemilangan bangsa Melayu.
Kita mengenali Christopher Columbus yang menemui benua Amerika..atau Vasco da Gama ataupun Ferdinand De Magellan yang dipercayai orang pertama meneglilingi dunia.Namun 2-3 hari ni aku banyak dapat maklumat bahawa sebenarnya manusia pertama yang mengelilingi dunia dalam pelayaran ialah seorang lelaki bernama Awang yang berbangsa Melayu..! Ini adalah berdasarkan bacaan aku pada buku2 ataupun sumber sejarah.
Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.
Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.
Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.
Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.
Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.
Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.
Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.
Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.
Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.
Jadi seharusnya kita berbangga dan berusaha mengembalikan kegemilangan sejarah bangsa Melayu.Siapa kata bangsa Melayu tidak akan mampu mencapai zaman kegemilangannya semula..? Belajarlah dari kisah Panglima Awang ini kerana sejarah juga akan mengubah persepsi terhadap diri kita sendiri.
Rujukan :
http://www.blogger.com/profile/06540083857021999018
panglimaawang21@gmail.com
oleh Djazlam Zainal pada pada 20hb Januari 2012 pukul 9.05 ptg
Panglima Awang @ Enrique Melaka adalah penyumbang besar terhadap ketamadunan Melayu. Beliau merupakan manusia pertama mengelilingi dunia dalam misi ekspidisi Armada Maluku. Apabila sampai ke pulau Cebu ( wilayah Filipina sekarang ) angkatan Spanyol diketuai Ferdinand Magellan mendekat ke Cebu. Ketumbukan tentaranya dibagi kepada beberapa kelompok. Enrique, Rebelo, Pagafetta sentiasa di sisi Magellan bersenjatakan arquebes dan crossbow. Sedangkan pribumi Cebu hanya menggunakan lembing, panah beracun dan lontaran batu.
Di Cebu, Magellan berjaya mengkristenkan lebih 2200 lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Kejayaan ini mengubah pendirian Magellan dari pelayar-pengembara kepada seorang mubaligh dan pengembang agama Kristen. Ini dapat diteliti apabila meneliti memorendamnya kepada Charles V, terdapat kepentingan pribadinya. Raja Humabon adalah alat untuk mencapai impiannya. Setelah berjaya dikristenkan, Humabon diangkat menjadi raja tunggal dan pembesar-pembesar lain harus tunduk dan membayar ufti berupa seekor babi, seekor kambing dan sebakul beras kecuali Si Lapulapu, ketua pribumi Mactan yang menolak mentah-mentah.
Ferdinand Magellan..
Magellan marah lalu melancarkan serangan pada 26 April 1521. Magellan mengetuai sendiri serangan itu untuk menunjukkan keegoannya bangsa Eropa dan dirinya sendiri. Namun, Magellan terperangkap oleh Si Lapulapu. Setelah berlaku satu pentempuran yang dahsyat, Si Lapulapu berjaya mencantas kepala Magellan. Tamatlah riwayat Magellan dalam pertempuran tersebut. Ketiadaaan Magellan, Duerte Barbosa bertindak kelingking mencocok mata terhadap kesetiaan Enrique terhadap Magellan. Dalam satu pertengkaran, Barbosa mengeluarkan perkataan ' anak haram ' dan ' anjing ' kepada Enrique.
Peristiwa pagi Kamis, 1 Mei 1521, merupakan makan terakhir terhadap ekspidisi Armada Maluku apabila Raja Humabon memperdayakan dengan satu jamuan makan makan. Ketika Duarte Barbosa menghadapi makanan, satu serangan mengejut dilakukan dan semua 27 orang bersama Barbosa telah terbunuh. Inilah kali terakhir Enrique menyertai ekspidisi Armada Maluku yang dicatat oleh Pigafetta.
Berikut adalah garis masa pengembaraan Enrique Melaka mengelilingi dunia.
1511 - Melaka jatuh ke tangan Portugis. Akhir Agustus , Panglima Awang ditawan. Beliau dikristenkan oleh Magellan dan diberi nama Enrique ( Enrique of Malacca ) Akhir Desember - belayar ke Portugal mengikut Magellan apabila diperintah oleh Albuqurque.
1512 Belayar melalui Goa ( India ) memutar ke Tanjung Harapan ( Africa Selatan ) dan sampai ke Lisbon ( Portugal ) pada bulan Juni.
1513 Mengikut Magellan ke Azamor ( Magribi ) Magellan terlibat dalam peperangan menyebabkan kakinya dengkot.
1515 Pertengahan Agustus, pulang ke Lisbon dan kemudian ke Azamor dan berhijrah ke Oporto.
1517 Meninggalkan Portugal dan ke Spanyol. 20 September sampai ke Seville. Mengikut Magellan dalam pemutusan dengan orang yang berpengaruh di Spanyol. Diperlihatkkan kepada Raja Spanyol King Charles V di Valladolid oleh Magellan sebagai bukti dia seorang pribumi Melayu. Terlibat dengan persiapan Armada Maluku.
1519 10 Agustus, Isnin ( St. Lawrance's Day ) armada memulakan pelayaran dari Pelabuhan Seville menyusuri Sungai Guadalquirer ke muara di San Lucar de Barameda. 24 Agustus, surat wasiat Magellan ditulis dan dinyatakan tentang hambanya, Enrique serta pembebasan sebagai seorang yang mereka jika semasa dalam pelayaran dengan dibayar pampasan sara hidup 10,000 naravedis. 20 September, Selasa - Magellan memulakan pelayaran sebenar Armada de Maloccus ke Maluku dari San Lucer de Barremada. Panglima Awang sentiasa bersama-sama Magellan dan diletakkan di dalam kapal utama, Trinidad sebagai penterjemah dan dibayar gaji 1500 naravedis. 26 Oktober, Isnin - melintasi Cape Verde dan belayar ke pesisir pantai Liberia dan Sierra Leone. Magellan menghukum penjenayah-penjenayah dari kapal Victoria karena kesalahan meliwat berhampiran Guinea. Oktober - penyaksikan pembunuhan yang diketuai oleh Cartegena tetapi dapat dipertahankan oleh Magellan dan memulakan menyeberang laut Atlantik. 29 November - daratan pertama ditemui di Peranbuco, Brazil selepas menyeberang lautan Atlantik dari benua Afrika. 13 Desember ( St. Lucia's Day ) berlabuh di pelabuhan Rio de Janairo dan berjumpa dengan penduduk asli Brazil. 26-27 Desember - meninggalkan Rio de Janairo, Brazil belayar menghala ke selatan.
1520 31 Maret - sampai ke San Julian. 31 Maret - 24 Agustus ( 5 bulan ) terperangkap di San Julian, Argentina karena cuaca buruk, musim sejuk. 1 April - menyaksikan pemberontakan kedua terbesar dan terakhir - diketuai oleh Quesada de Cartegena di San Julian, Argentina, tetapi dapat dipatahkan oeleh Magellan. Ramai pemberontak ditangkap dan dihukum berat. 24 Agustus - armada meneruskan pelayaran ke selatan dengan meninggalkan Juan de Cartagena dan seorang padri di situ. Kapal Santiago karam dipukul ribut. 24 Oktober - ekspidisi Magellan menemui tanjung yang dinamakan Cape of the Elevan Thousand Virgins yang merupakan pintu masuk laluan hala ke barat yang sekarang dikenali sebagai Selat Magellan. Kapal San Antonio meloloskan diri belayar pulang ke Spanyol. 28 November, Rabu - sampai ke laut Pasifik. Berada di lautan Pasifik selama tiga bulan dan 20 hari tanpa mengambil sebarang bekalan semasa belayar.
1521 6 Maret - melihat daratan di kepulauan Marianas atau Lotrunas ( Guam ) ketika menyeberangi lautan Pasifik selama 98 hari dari selat Magellan. 16 Maret, Jumat - pribumi datang membawa makanan seperti yang dijanjikan pada waktu tengah hari. 28 Maret, Kamis - pertama kali muncul dalam laporan Pigafetta apabila berkomunikasi dengan pribumi tempatan, raja Colambu. 1 April ( Good Friday ) - Enrique dihantar oleh Magellan ke pantai untuk membeli bekalan makanan. 7 April - armada sampai ke pulau Cebu. 14 April - mendarat di pantai bersama 40 pelayar lengkap bersenjata. 26 April, Jumat - Raja Mactan menjadikan 2 ekor kambing menerusi anehnya sebagai wakil karena tidak dapat hadir berjumpa Magellan sendiri karena keengganan Si Lapulapu. 24 April, Sabtu - menyertai pertempuran menentang pribumi Mactan dan sentiasa di sisi Magellan. Magellan mati dibunuh Si Lapulapu, manakala Enrique tercedera. 28 April, Ahad - Enrique bertengkar dengan Duaerte Barbosa. 7 Mei, Rabu - pelaut Spanyol diperdaya dengan satu undangan makan yang mengakibatkan 27 orang mati diserang hendap. Pelaut yang tidak menyertai makan malam berjaya melarikan diri dan meneruskan pelayaran ke pulau Maluku. Pakatan membunuh Barbosa didakwa didalangi oleh Enrique bersama-sama raja Hamabon kaitannya dengan peristiwa pertengkaran dengan Duerte Barbosa. Peristiwa inilah merupakan kali terakhir Enrique muncul dalam lipatan sejarah.
Rujukan
http://enriquedemalacca.blogspot.com/2012/01/panglima-awang-enrique-melaka-penakluk.html
Kisah Panglima Awang
Ilustrasi wajah Panglima Awang
Generasi kini ramai yang tidak mengenali tokoh ini. Masih jelas dalam ingatan ketika belajar subjek sejarah di tingkatan lima kalau tak silap la, nama Panglima Awang hanya disebut sekali. Itupun hanya ditulis di bahagian kanan iaitu dalam sudut info yang bersaiz kecil dalam buku teks tersebut. Maka tidak hairanlah semakin lama, namanya semakin lupus ditelan zaman.
Pejuang Melayu Islam inilah yang sebenarnya telah membuktikan bumi itu adalah bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur. Masyarakat kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapakah Panglima Awang.
Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Pemuda berketurunan melayu Islam inilah yang membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat. Walaupun Panglima Awang pernah menobatkan martabat bangsa di persada dunia, anak-anak kecil hari ini sudah tidak mengenali jasa mahupun siapa lelaki itu.
Jasa Panglima Awang bukan kecil. Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan bahawa bumi leper adalah salah. Beliau sebaliknya membuktikan bumi itu bulat dan menghubungkan Timur dengan Barat.
Sejarah besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511. Kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia adalah sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu Islam sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka, anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.
Rakan-rakan lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan meluapnya semangat mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.
Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda-pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda-pemuda Melaka yang lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa yang lama ini akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.
Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya. Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.
Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.
Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol. Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.
Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.
Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.
Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.
Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan. Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.
Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.
Diceritakan Panglima Awang tak pernah sesat dengan menggunakan kompas ini
Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur. Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu. Mengikut catatan novel sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali semula ke Melaka selepas bertahun berada di tanah asing.
Fakta Panglima Awang
Walaupun asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih samar-samar malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui, terdapat satu catatan yang ditulis oleh Pigafetta yang mengatakan Panglima Awang sebenarnya berasal dari Sumatera ( anak Minangkabau ) dan ini ada tercatat dalam trombo Minangkabau walau pun bukan disebut sebagai Panglima Awang.
‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.
Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing di dunia. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Pigafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu. Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu Islam ini dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.
Kita melihat bagaimana liciknya musuh-musuh Islam dalam menutup kewibawaan seorang Melayu Islam yang pertama membuktikan bumi itu bulat. Kita juga melihat kurangnya usaha daripada pihak kerajaan untuk mengangkat kembali sejarah gemilang ini supaya menjadi tatapan masyarakat kini. Sistem pendidikan kita sendiri pun terlalu mengagungkan-agungkan bangsa barat dan menggambarkan tamadun barat adalah tamadun yang jauh lebih bertamadun daripada kita sejak dahulu,kini dan selamanya.
Nah !!! Bagaimana umat Melayu Islam mahu bangkit jika asyik dibuai lena dan propaganda berterusan begini ???-
Rujukan :
dipetikdrphttp://hijabulcrewz.blogspot.com/2011/04/bongkar-sejarah-panglima-awang.htm