Friday, November 11, 2011

TOKOH ULAMA DARI SEBERANG PERAI YANG KURANG DIKENALI OLEH ORANG TEMPATAN SENDIRI




 


Tuan Syeikh Hj Muhammad Salleh Penaga
Tokoh ulama ini dikenali di Kedah berkhidmat dengan Sultan dan Kerajaan Kedah.....
malangnya “Orang Penaga” sendiri banyak yang tidak mengenali beliau
…........................


Thursday, December 6, 2007

Kubur Haji Salleh Penaga
LOKASI
Terl
etak bersebelahan bangunan bekas Mahkamah Rendah Lama, Jalan Raja, Alor Star yang kini menjadi pejabat TDC MalaysiaINFO
Menurut Dato' Wan Shamsudin Mohd Yusof, batu nisan Acheh jenis N yang berwarna kuning tersebut adalah milik seorang ulama bernama Hj Salleh yang berasal dari Penaga, Seberang Perai. Beliau merupakan penasihat agama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854 -1879) disamping bertindak sebagai guru agama di istana.

Tapak asal kawasan Mahkamah Rendah Lama di Jalan Raja tersebut pada awalnya merupakan sebuah madrasah yang didirikan oleh Tuan Guru Haji Salleh. Madrasah Tuan Guru Hj Salleh bukan sahaja dijadikan sebagai tempat pengajian agama malahan berperanan sebagai mahkamah syariah yang bertindak mengurus soal nikah cerai penduduk setempat pada ketika itu.

Setelah kematian Tuan Guru Haji Salleh, madrasah tersebut telah diruntuhkan dan diganti dengan Mahkamah Rendah Lama yang dibina oleh pihak British pada tahun 1931. Tuan Guru Haji Salleh disemadikan dikawasan perkuburan bersebelahan dengan bangunan mahkamah berkenaan. Ramai diantara ahli keluarganya juga disemadikan di kawasan perkuburan tersebut.
RUJUKAN
(2006). Old Session Court Building (Bangunan Mahkamah Rendah Lama). di akses pada 23 Oktober 2007 dari http://malaysia.smktk.net/malaysia/kedah/old_session_court_building.html

Temubual bersama Dato' Wan Samsuddin Mohd Yusof pada 24 Oktober 2007 bertempat di Muzium Negeri Kedah Alor Star
Posted by syamsul anuar ismail at 10:54 PM 0 comments 


Pengenalan Ulama Institusi Pondok Sistem Pendidikan Pondok Gambar-Gambar Ulama Gambar-Gambar Pondok
http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=1&totalRows_Recordset1=2&p=2&idstopic=25&idskandungan=93&mtopic=2
Ulama dan institusi pondok di Kedah
- Institusi Pondok


Senarai Nama-Nama Pondok 


  1. Pondok Tok Haji Ishak, Pulau Pisang
  2. Pondok Tuan Haji Mohammad Salleh, Penaga
  3. Pondok Tuan Haji Mohammad Nor, Langgar
  4. Pondok Tuan Haji Mohammad Taib, Titi Gajah
  5. Pondok Tuan Haji Muhammad Aji, Pumpong
  6. Pondok Tuan Haji Awang, Kubang Siam
  7. Pondok Tuan Sheikh Jarum, Derga
  8. Pondok Tuan Haji Ahmad Tua, Langgar
  9. Pondok Tuan Sheikh Abdullah, Tanjung Musang
  10. Pondok Tuan Ismail, Telok Ara
  11. Pondok Tuan Muhammad Salleh, Pedu
  12. Pondok Tuan Mohammad Salleh, Pulau Pisang
  13. Pondok Tuan Hussain, Kedah
  14. Pondok Tuan Mat Saad, Pulau Gonggor
  15. Pondok Tuan Haji Cik Dui (Dul), Gajah Mati
  16. Pondok Tuan Mohammad Ariff, Sungai Nonang
  17. Pondok Tuan Ismail Gunong, Gunong Keriang
  18. Pondok Tuan Haji Yaakub, Sik
  19. Pondok Tuan Haji Ibrahim, Paya Sena
  20. Pondok Tuan Haji Bakar, Tobiar
  21. Pondok Tuan Mat Saman, Alor Janggus
  22. Pondok Tuan Haji Idris, Air Hitam
  23. Pondok Tuan Haji Hashim, Gajah Mati
  24. Pondok Tuan Haji Mohammad, Cerok Keladi
  25. Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut, Langgar
  26. Pondok Sheikh Abdullah Mesir, Langgar
  27. Pondok Tuan Haji Solleh, Lubok Kawah
  28. Pondok Tuan Haji Mat Hussin, Titi Besi
  29. Pondok Tuan Haji Omar, Titi Gajah
  30. Pondok Tuan Haji Mohammad Saman, Siputeh
  31. Pondok Tuan Sheikh Abdul Rahman, Jitra
  32. Pondok Tuan Haji Harun, Bukit Pinang
  33. Pondok Tuan Haji Long, Jeniang
  34. Pondok Tuan Haji Nut, Titi Besi
  35. Pondok Tuan Haji Osman, Gunong Keriang
  36. Pondok Tuan Sheikh Abdul Majid, Guar Cempedak
  37. Pondok Tuan Haji Abdul Rahman Abdullah, Merbok
  38. Pondok Tuan Haji Osman Yunus (Pondok Pak Man), Bukit Besar
  39. Pondok Tuan Haji Yahya Junid (Pondok Pak Ya), Batu 16
  40. Pondok Tuan Haji Ahmad Hutan Palas, Kodiang
  41. Pondok Tuan Haji Yahya, Kupang
  42. Pondok Tuan Haji Omar, Lanai